Bergerak

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK SELAT BAGAN NYIOR

MUTIARA KATA

PENGENALAN



DI SINI HARAPAN & CITAKU BERMULA...


    Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior telah ditubuhkan awal tahun 1960an sebagai cawangan Sekolah Kebangsaan Kuah, Langkawi (sekarang bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Seri Negeri).

        Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah yang dibeli daripada penduduk-penduduk tempatan iaitu Encik Jasab bin Abdullah, Encik Kassim, Encik Derai bin Shafei dan Encik Saad bin Man.  Tanah yang berkeluasan 10 relong atau 14.08 ekar itu terletak di pinggir bukit yang rendah serta berhampiran pantai.

         Pada fasa pertama pembukaannya sekolah yang siap dibina sekitar bulan Oktober 1962 hanya terdiri daripada 2 buah bilik darjah. Hanya terdapat seramai 20 orang murid ketika itu dengan 2 orang guru dilantik iaitu Encik Rahman bin Din dan Encik Md Akib @ Md Isa bin Hj.Ibrahim.

         Fasa kedua pembinaannya disiapkan pada tahun 1969 yang mempunyai dua bilik darjah dan sebuah bilik guru besar. Guru Besar yang pertama ditugaskan di sini ialah Encik Ahmad bin Shaari.

            Pada tahun 1990an bangunan sekolah ini bertambah menjadi 3 blok bilik darjah, dua unit rumah guru (empat pintu) serta dua unit asrama desa yang siap pada tahun 1991.  Asrama desa mula menerima penghuninya pada tahun 1992 seramai 20 orang.

Kini,  1 blok bangunan empat tingkat sekolah ini mula dibina 1 Januari 2002 dan siap pada bulan Disember serta penyerahan pada 26 Disember 2002.  Bangunan  yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kipas angin dan pendingin hawa itu menyediakan  6 bilik darjah serta pelbagai bilik khas seperti 1 ruang pejabat,  bilik guru, pusat sumber, bilik tayangan, bilik sains, bilik kemahiran hidup, 6 buah bilik air, 2 bilik persalinan,  sebuah ruang dewan terbuka. Selain itu, bangunan ini dilengkapi dengan rumah pam kebakaran, tangki air serta pondok pengawal dan 5 buah wakaf.    

Pembangunan prasarana sekolah bertambah hebat dengan peruntukan sebanyak 4 juta ringgit oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam projek RMK9 bagi membina 2 blok asrama desa yang baru berkapasiti 100 orang penghuni termasuk 2 rumah warden. Turut dibina serentak ialah 8 unit kuarters guru yang juga menelan kos 4 juta ringgit. Projek kendalian Syarikat Baling Bayu Sdn. Bhd. Telah memulakan pelaksanaan pembinaan mulai Mac 2009 dan berakhir pada November 2009. Tambahan untuk pembinaan sebuah dewan makan asrama bernilai RM100,000.00 telah disumbangkan oleh Jabatan Pelajaran Kedah.

Pada tempoh yang sama juga, kemudahan bagi sekolah ini ditambah dengan pembinaan kuarters guru sebanyak 4 blok yang terdiri daripada 8 unit. Kos pembinaan kuarters tersebut juga bernilai RM4 juta disempurnakan oleh syarikat yang sama. Kewujudan ketiga-tiga prasarana itu telah mengubah lanskap sekolah menjadi lebih kondusif dan ceria.

Pada tahun 2015, sebuah blok bangunan telah diisytiharkan sebagai Bangunan Pendidikan Khas yang menempatkan 2 buah kelas Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran), Kelas Tahun 1, Bilik Doktor Muda dan Bilik Bimbingan & Kaunseling. Bangunan ini diubahsuai serta telah dilengkapi dengan kemudahan bagi kegunaan murid Pendidikan Khas.


 
Berikut adalah senarai nama teraju utama sekolah, Guru Besar yang pernah bertugas di sekolah ini:


  1. Encik Ahmad bin Shaari
  2. Encik Mansor bin Muda
  3. Encik Hashim bin Mat
  4. Encik Abd.Hajar bin Ahmad
  5. Encik Mohd Kamal bin Mat Isa       
  6. Encik Suid bin Chin
  7. Encik Abu bin Said
  8. Encik Fadzilah bin Ibrahim
  9. Encik Mohamed bin Dahaman (1995 hingga 2000)
  10. Encik Khosim bin Lebai Ahmad (2000 hingga Julai 2003)
  11. Encik Shaidin bin Md Saman(September 2003 hingga Ogos 2011)
  12. Encik Shahibun bin Ismail (Disember 2011 hingga Oktober 2013)
  13. Encik Rosli bin Abdul (November 2013 hingga sekarang)



No comments:

Post a Comment