Bergerak

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK SELAT BAGAN NYIOR

MUTIARA KATA

Sunday, February 1, 2015

DIARI SKSBN 2015

DIARI SKSBN...

11 JANUARI 2015 (AHAD)

     Hari ini merupakan hari pertama persekolah sesi 2015. Semua warga SKSBN dilihat begitu bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan. Guru-guru dan staf yang tinggal di Kuah telah berada di jeti Pekan Rabu untuk menaiki bot ke sekolah seawal 7.15 pagi.




      Di awal pagi, murid menjalani rutin harian setiap minggu iaitu Perhimpunan Pagi.Harapan guru-guru agar semua murid-murid akan terus bersemangat meniti hari-hari mendatang.."Datang dengan Harpan, Pulang dengan Kejayaan..."



 

        

Tuesday, January 6, 2015

DIARI SKSBN 2015

DIARI SKSBN...

10 JANUARI 2015 (SABTU)


Tanggal 10 Januari 2015 merupakan hari pertama bagi satu-satunya sekolah di Langkawi yang mempunyai Asrama Desa sekolah rendah. Tarikh ini merupakan hari pendaftaran murid Asrama dan Tahun 1 sesi 2015. Pada hari ini juga murid-murid Tahun 5 telah dibekalkan dengan satu set buku teks yang baru.Guru-guru kelas juga telah mengambil kesempatan ini bagi membersih dan menyediakan kelas masing-masing supaya murid-murid dapat menjalani hari pertama persekolahan mereka dalam keadaan tenang dan kondusif.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari tesebut:

a) Pendaftaran Murid Asrama



b) Penyerahan buku teks Tahun 5






c) Guru & Staf membersihkan kelas